Semalam 7 Ogos 2007, jam 12.45 pm aku disorong ke wad bedah. Doktor dah induced jam 9am tp CTG shows baby having fetal distress. Dia terus direct buat emergency caeserean sebab aku PE dan baby IUGR. Tepat jam 1.03pm, baby selamat dilahirkan. Aku sedar sebab masa tu buat epidural. Ingatkan scoliosis takleh buat epidural. Alhamdulillah, baby selamat. Abi pun dapat azankan baby. Baby kecik sangat, 1.85kg jer. Tapi comel!!! Putih and sebijik muka Abi. Cuma baby kena masuk NICU for observation sebab Hypoglecemia and gula dalam badan dia kurang, Harapnya dia ok.
read more
0
comments
Catatan Kelahiran Juhaidy I
6 Ogos 2007 - Hari ini aku kena admit Hospital Putrajaya, Tadi pi routine checkup kat Klinik PTJ, tapi BP >130+ dan albumin 4+. Doktor cakap aku ada preeklampsia @ darah tinggi masa mengandung. Aku ingat dia nak check saja, Sekali kena tahan wad plak! Abi datang dalam pukul 8 malam lebih sebab masing2 ingat aku tak kena warded. Pengalaman pertama, manalah tau... Dr cakap baby kecik dan memang kena induced. Tunggu result darah dan urin esok. Em, tak jadiklah baby merdeka!!! Juhaidy sepatutnya lahir pada 31 Ogos 2007. Lagi 3 minggu.
read more
Subscribe to:
Comments (Atom)




