Catatan Kelahiran Juwita I

Tanggal 26.11.2008 (Rabu) - aku ke ofis seperti biasa. Cuma hari nie masih rasa sengal2 badan dan pening kepala. Hari semalamnya aku EL sebab anak aku meragam demam dan batuk2. Semlman tu tak berapa nak tido sebab dia dok nangis jer... So hari nie aku gagahkan jugak ke ofis sebab pagi nie ada taklimat Pewakilan Kuasa. Sampai je kat ofis, headache aku makin teruk. Berpinau-pinau masa drive tadi. Sempat hantar Al-Juhaidy ke rumah Lenda. Sempat jumpak boss jap... Minum milo kat pantry dengan dia. Boss joke, dia potong cuti aku 5 hari drpd 10 yg aku apply. Next week from 1st to 5th aku patutnya ke Melaka, ada meeting penggubalan soalan exam dan Perancangan Strategik. Tapi aku apply cuti on 5th Dec sebab nak balik beraya ke Sabah, to my husband's hometown. Memang dah tak larat. Tak taulah, first pregnancy dulu rasanya kuat sikit. Bulan ke7 masih outstation naik flight lagi. Kali nie bulan ke5 dah semacam je badan asyik sakit2. Masa mengandungkan Juhaidy dulu, selsema pun tak ada.

So hari tu, aku decide nak terus ke klinik. Lagipun dah 2 bulan aku defaulted tak pi checkup. Asyik ada je benda yang datang. Asyik bertangguh2 nak pi checkup. Dalam keadaan pening lalat, aku drive ke Klinik Putrajaya. Sampai kat sana, biasaklah klinik kerajaan, tunggu berjam.. Dahlah jumpa JM kena sound sebab defaulted check up. Pukul 11 jumpa dr. Terus dia cakap nak bawak aku ke hospital. On ambulance, takleh drive. Sebabnya bp aku dah 140++ dan protein albumin dalam urin dah 4+. Itu sign preeclampsia. Patutlah aku rasa balik Cameron hari tu badan aku mengembang semacam je. Aku ingatkan biasa2 je. Aku pun call boss, bagitau aku dalam ambulans, maybe warded.

Sampai kat hospital, aku terus dibawa ke bilik observation di labour room. Terkejut gak aku. Takkan dah nak bersalin kot. Due date aku lambat lagi... 22/2/2009. Lagi 3 bulan lagi. Then dr dua tiga orang datang... Finally Dr. Jamil datang and explain my condition. Katanya aku ada preeclampsia. Atau orang cakap darah tinggi masa mengandung. Masa Al-Juhaidy dulu pun sama gak. So aku pun.. okay... then what??? Rupanya dulu masa Al-Juhaidy not so critical sebab usia dia masa aku kena tu dah 36 week. Everything dah in place. So kalau last time kena emergency delivery pun not so critical. Last time hari nie masuk wad, esok kena sorong ke Operation Theatre. Kali nie, dr minta nak operate immediately. Sebab darah aku naik 180/110. Dr explain to me and my husband.. The only treatment for PE is delivery. Baby pun dah effected by my high BP. Sepatutnya usia dia dah 27 minggu. Tapi saiz dan berat dalam 20 minggu je. Around 600 gram. Dr Jamil ceritakan kes PE nie bleh jadik sebab di antara placenta dengan baby, ada satu lapisan. Bagi ibu2 yang ada PE masa mengandung, lapisan nie tebal dan menghalang oksigen serta bekalan makanan dari ibu kepada baby. Sifat semulajadi ibu dan tindak balas semulajadi badan ibu akan mengutamakan oksigen dan nutrien kepada baby. So untuk mengatasi rintangan yang makin tebal tu, badan ibu akan bekerja keras utk sampaikan juga kepada baby. That's why blood pressure ibu tinggi dan lain-lain simptom jadik. Aku tak nak operate. Kesian kat baby, camna nak survive dalam usia baru 27 minggu. Semua tak mature lagi. Tapi after discuss dengan dr and my dear hubby, kami putuskan untuk operate je. Dr explain komplikasi kalau tak operate. Antaranya sawan, pendarahan dalam otak, strok... And fatal to both mom and baby.. Aku tak kisah tentang diri aku. Tapi fikirkan anak sulung aku, Al-Juhaidy...Kecik lagi kalau apa2 jadik pada aku...So aku dan hubby tawakkal.. Kami serahkan our little girl di bawah lindungan Allah.

Masa disorong ke OT dalam pukul 8.30 malam. The doctors let my husband to enter OT and say goodbye kot...Masa tu dr cakap aku akan dibius penuh sebab baby DAH TAK ADA... The objective now is to save my life. Tak tau nak cakap macamana.. Baru je tadi nurse check jantung baby. Masih ada.. Then aku minta scan lagi sekali. Dan alhamdulillah, my little girl masih bernafas. Kat OT tunggu ada sorang lagi pakar on the way. Around 9.30 aku dah lose conciousness dan dibedah oleh 3 orang O&G dan 2 Pakar Bius. My hubby said aku keluar OT dalam pukul 2.30 pagi. Aku cuma terjaga dalam tengahari keesokannya, Khamis 27.11.2008. Satu malam yang panjang.. Hubby bagi tau baby selamat, ada dalam inkubator di NICU. She's skinny, very small and yet a fighter... Alhamdulillah!

Hari Sabtu, aku dibenarkan pulang. Sebelum balik, aku melawat baby di NICU. Sayunya hati seorang ibu melihat anak yang sepatutnya masih dilindungi dalam kandungan terpaksa dikeluarkan dan to survive on her own. Segala-galanya sekarang terletak pada kekuatan my girl dan limpah kasih serta rahmat Allah SWT. Kami tak dibenarkan menyentuh baby dan cuma boleh melihat dari luar sahaja. Tiub dan wayar berselirat di sekeliling tubuh. And she's so small...kurus kering akibat kedunguan ibunya terlepas checkup dan ambil vitamin. She's the smallest baby in NICU Putrajaya. Tak tau nak cakap betapa aku dihambat rasa bersalah dan kecewa dengan diri sendiri. Akibatnya my little girl yang terpaksa menanggung akibatnya. But I believe she is a fighter dan akan berjuang for her survival. Like her brother Al-Juhaidy also. And that little girl aku namakan Juwita Hazlin As-Syifa'. JUWITA kerana dialah gadis kecil yang akan jadi penyeri hidup kami sekeluarga walaupun kehadirannya dengan tiba2... HAZLIN mengambil sempena nama seorang wanita yang kukenali, yg kuharapkan anakku ini akan memiliki kekuatan dan karisma diri sptmana wanita itu...dan kelembutan serta keayuan seorang gadis Melayu. AS-SYIFA' kerana dia adalah penyembuh untuk dirinya dan juga untuk ibunya. Dan insyaAllah jika diizinkan Allah, dia akan menjadi penyembuh untuk yang lainnya.

Hari ini aku akan melawat Juwita di hospital. Dah 4 hari aku di rumah. Rasanya hari ini dah kuat sikit. Aku telan semua jeli gamat, pati haruan dan macam2 ubat untuk sembuh cepat. So I can see my baby. My hubby tak kasi tengok baby kalau aku belum kuat sepenuhnya. Well, wound lepas operate kali kedua memang lambat sikit nak sembuh. Dulu seminggu lepas operate aku dah boleh berjalan. Tapi sekarang masih terbongkok2 menahan sakit. Aku tak berani makan pain killer sebab nak pam susu untuk baby. Dua kali sehari my hubby akan ke hospital melawat Juwita, bawak susu. Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik seperti suamiku.

Untuk kawan2 semua, doakan anakku Juwita Hazlin As-Syifa' binti Jumad cepat sembuh, dipelihara Allah sentiasa dan dapat pulang bersama-sama kami. Aamin...

0 comments: